Tuesday, May 22, 2018



AMALAN FORMULA BELAJAR CREATIVE STUDYTM

1. AKTIFKAN DIRI.
Diri yang berjaya sentiasa mengaktifkan diri dengan melakukan tindakan positif setiap hari.
Antara perkara yang perlu diaktifkan setiap hari adalah
1. Niat
2. Matlamat
3. Masa

1. NIAT.

Adalah satu tindakan lafaz dalam hati dalam keadaan sedar dan berakal. Niat memandu tindakan sama ada tindakan positif ataupun negetif.

Setiap pelajar perlu berniat. Setiap niat yang dilafazkan perlulah jelas dan bermanfaat.
Contohnya :

Dalam keadaan
      i.       Ke sekolah : “ Sahaja aku ke sekolah untuk menuntut ilmu kerana Allah taala”
    ii.       Belajar : “ Sahaja aku belajar ilmu ini kerana Allah taala”
   iii.       Kerja sekolah: Sahaja aku menyiapkan kerja sekolah ini kerana Allah taala”
   iv.       Bersukan:Sahaja aku bersukan ini kerana Allah taala.

Berniat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh bukan saja mendapat pahala yang besar malah akan mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah S.W.T.  Tidak ada sebaik dan seHEBAT atas usaha yang dilakukan melainkan mendapat PERTOLONGAN DAN BANTUAN ALLAH S.W.T.

Beringatlah kita hanya mampu merancang dan berusaha . Yang menentukan kejayaan sesuatu usaha tersebut HANYALAH dengan KEIZINAN ALLAH S.W.T .




2. MATLAMAT

Adalah satu pencapaian yang ingin dicapai. Matlamat yang positif ,pencapaiannya adalah positif.  Manakala matlamat yang negatif pencapaian juga negatif. Setiap usaha yang dilakukan tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran. Jawapannya rugi dan sia-sia.

Begitu juga dalam belajar. Belajar tanpa matlamat adalah rugi.
      i.            Penat belajar,
    ii.            Banyak masa dan tenaga digunakan.
Belajar dan hanya belajar sahaja tanpa mengetahui dengan jelas apakah matlamat belajar, kenapa perlu belajar, untuk apa belajar?

Pelajar yang berjaya sentiasa mempunyai matlamat yang jelas.

Matlamat yang aktif akan menghasilkan kuasa belajar yang luar biasa dalam diri.
Bagaimana mengaktifkan matlamat?

1. Fikir dan senaraikan MATLAMAT yang ingin anda capai.
2. Pilih matlamat yang benar-benar anda ingin capai
3. Rancang gerak kerja.
4. Tuliskan dengan jelas pada kertas . Contoh kertas bersaiz A4.
4. Tampalkan matlamat anda .
5. Sentiasa bersama matlamat anda sehingga tercapai.

Setiap pelajar mempunyai dua matlamat dan perlu jelas dan aktifkan setiap hari.

Dua matlamat tersebut :
1.Matlamat jangka pendek
2.Matlamat jangka panjang

Matlamat jangka pendek :
Matlamat yang perlu diaktifkan setiap hari.

Antaranya

1. Sekolah
Soalan : Bagaimana mengaktifkan matlamat ke sekolah?
Jawapan :
a) Mulakan dengan niat belajar
b) Aktiviti susun buku sebelum tidur.
c) Aktiviti membaca awal sebelum belajar.
d) Aktiviti mencipta soalan –mencari jawapan
f) Rancang pengaktifan masa ( curi masa ).
         


2. Tugasan
Soalan :  Bagaimana mengaktifkan matlamat tugasan?
Jawapan :
a) Aktiviti “Pilihan Bijak “
b) rancang pengaktifan masa ( curi masa )
c) Aktifkan ganjaran

3. Markah  
Soalan : Bagaimana mengaktifkan matlamat markah?
Jawapan :
a) Aktifkan jadual SMS ( Skor Markah Saya )
b) Aktifkan formula L+U=M


Matlamat jangka panjang:
1. Keputusan dalam peperiksaan
Soalan : Bagaimana mengaktifkan keputusan peperiksaan
Jawapan :
a) Tukar cara anda berfikir
b) Pecahkan “Halangan Minda”
c) Target markah bukan gred.
d) Aktifkan jadual SMS ( Skor Markah Saya )

2. Tempat sambung belajar
Soalan : Bagaimana mengaktifkan tempat sambung belajar?
Jawapan :
a) Aktifkan minda setiap hari ( Berfikir tempat belajar yang kita ingin pergi )
b) Rekodkan  ( Tulisan=Gambar )
c) Tampalkan di tempat mudah diihat
d) Ambil tahu ( sejarah, syarat kemasukan , lokasi )
e) kongsikan dengan orang lain ( dipercayai dan membina semangat)
f) Berdoa setiap hari ( dalam solat dan ketika waktu-waktu mustajab)
g) Percaya pada diri mampu mencapainya

3. Cita-cita
Soalan : Bagaimana mengaktifkan cita –cita dalam diri ?
Jawapan :
a) Berwatak dalam cita-cita
b) Ambil tahu ( tugasan, syarat dan kelebihan )
c) kongsikan dengan orang lain ( dipercayai dan membina semangat)
d) Berdoa setiap hari ( dalam solat dan ketika waktu-waktu mustajab)
e) Percaya pada diri ( mampu dicapai ).


3. MASA

Adalah sistem hidup dalam diri yang bergerak dan sentiasa bergerak. Kita memiliki tempoh masa yang sama iaitu 24 jam satu hari.

Kejayaan dan kegagalan seseorang boleh diukur dengan masa. Pelajar berjaya sentiasa bijak menggunakan masa. Masa perlu diurus kerana sifatnya yang sentiasa bergerak.

Ketidakbijaksanaan mengurus masa menyebabkan kita akan ketinggalan. Sifat masa sentiasa aktif setiap hari.

Kita perlu mengaktifkannya mengikut cara dan tindakan kita. Aktikan masa setiap hari.

Soalan : Bagaimanakan mengaktifkan masa setiap hari.
Jawapan ;
a) Aktifkan persediaan minda:
Sentiasa bersiap sedia untuk mengurus masa mengikut cara tindakan kita.
b) Aktifkan persediaan awal sebelum , semasa dan selepas mengunakan masa.
c) Aktifkan tindakan bijak membuat pilihan yang mana lebih utama ( penting ).
d) Aktifkan “SYIF” ketika mengunakan masa.
e) Aktifkan alat kawalan masa supaya lebih terarah, teratur dan berdisiplin.

Penulis : Ustaz Motivasi " Pengasas CREATIVE STUDYTM


BERSYUKUR DALAM MENDIDIK ANAK ( USTAZ MOTIVASI )





BERSYUKUR DALAM MENDIDIK ANAK.

Amalan bersyukur dijanjikan Allah , akan DI TAMBAHKAN NIKMAT baginya . Dan lawan bagi syukur adalah kufur atau ingkar .  Sesiapa yang ingkar akan diberikan azab yang amat pedih. Tahniah ibubapa . BERSYUKURLAH .

1. Bersyukur kita di kurniakan anak.

Ramai pasangan yang sudah berkahwin masih tidak dikurniakan zuriat. Ada di antaranya sudah berkahwin bertahun-tahun masih belum ada anak. Jika kita selami perasaan mereka belum tentu menyamai keadaan sebenar yang mereka alamikan.

 “Berat mata memandang ~ Berat lagi bahu yang memikul" 

Bersyukurlah kita dikurniakan anak . kita ada anak. Yakinlah jika kita bersyukur di atas kurniaan ini .. Allah pasti tambahkan nikmat pada kita. Anak ini akan membawa keuntungan di dunia dan di akhirat.

2. Bersyukur kita diuji kerana anak .

Apabila kita di pilih untuk diuji, tandanya kita adalah seorang yang HEBAT. Ibu adalah seorang yang HEBAT. Ayah adalah seorang yang HEBAT. Tuan puan adalah HEBAT. Tahniah. Jangan mengeluh kerana diuji atas ujian. Yakinlah sebenarnya kita hebat. Serlahkan KEHEBATAN kita.

3. Bersyukur kita dipilih untuk menjalankan amanah.

Dipilih dan terpilih tandanya kita adalah seorang yang BERKEMAMPUAN . Mampu melaksanakan amanah dengan cemerlang. Bersyukurlah kita dipilih. Buktikan kemampuan kita. Dan sebenarnya ibu mampu, ayah mampu melakukankanya. Yakin dan bersyukurlah.

4. Bersyukur kita dilpilih mendapat sumber pahala yang BESAR.

Tahniah kita sedang menabung tabungan pahala setiap saat. Anak-anak adalah punca pahala yang sangat BESAR. Bekalan pahala di dunia dan di akhirat . Jika ditukarkan nilai pahala kepada nilai duit, pasti kita berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Bersyukurlah atas nikmat ini. Nikmat yang BESAR ini. 

Penulis : Ustaz Motivasi 
Perunding Utama 
Darul Hijrah Management (DHM) Dan Sulaiman Motivation Consultant(SMC)