AMALAN FORMULA BELAJAR CREATIVE STUDYTM
1.
AKTIFKAN DIRI.
Diri yang berjaya sentiasa
mengaktifkan diri dengan melakukan tindakan positif setiap hari.
Antara perkara yang perlu
diaktifkan setiap hari adalah
1. Niat
2. Matlamat
3. Masa
1.
NIAT.
Adalah
satu tindakan lafaz dalam hati dalam
keadaan sedar dan berakal. Niat memandu tindakan sama ada tindakan positif
ataupun negetif.
Setiap
pelajar perlu berniat. Setiap niat yang dilafazkan perlulah jelas dan
bermanfaat.
Contohnya
:
Dalam
keadaan
i. Ke sekolah : “ Sahaja aku ke
sekolah untuk menuntut ilmu kerana Allah taala”
ii. Belajar : “ Sahaja aku belajar
ilmu ini kerana Allah taala”
iii. Kerja sekolah: “ Sahaja aku
menyiapkan kerja sekolah ini kerana Allah taala”
iv. Bersukan: “Sahaja aku bersukan
ini kerana Allah taala.
Berniat
dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh bukan saja mendapat pahala yang besar
malah akan mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah S.W.T. Tidak ada sebaik dan seHEBAT atas usaha yang
dilakukan melainkan mendapat PERTOLONGAN DAN BANTUAN ALLAH S.W.T.
Beringatlah
kita hanya mampu merancang dan berusaha . Yang menentukan kejayaan sesuatu
usaha tersebut HANYALAH dengan KEIZINAN ALLAH S.W.T .
2.
MATLAMAT
Adalah
satu pencapaian yang ingin dicapai. Matlamat yang positif ,pencapaiannya adalah
positif. Manakala matlamat yang negatif
pencapaian juga negatif. Setiap usaha yang dilakukan tanpa matlamat ibarat
menembak tanpa sasaran. Jawapannya rugi dan sia-sia.
Begitu
juga dalam belajar. Belajar tanpa matlamat adalah rugi.
i. Penat
belajar,
ii. Banyak
masa dan tenaga digunakan.
Belajar
dan hanya belajar sahaja tanpa mengetahui dengan jelas apakah matlamat belajar,
kenapa perlu belajar, untuk apa belajar?
Pelajar
yang berjaya sentiasa mempunyai matlamat yang jelas.
Matlamat
yang aktif akan menghasilkan kuasa belajar yang luar biasa dalam diri.
Bagaimana
mengaktifkan matlamat?
1.
Fikir dan senaraikan MATLAMAT yang ingin anda capai.
2.
Pilih matlamat yang benar-benar anda ingin capai
3.
Rancang gerak kerja.
4.
Tuliskan dengan jelas pada kertas . Contoh kertas bersaiz A4.
4.
Tampalkan matlamat anda .
5.
Sentiasa bersama matlamat anda sehingga tercapai.
Setiap pelajar
mempunyai dua matlamat dan perlu jelas dan aktifkan setiap hari.
Dua
matlamat tersebut :
1.Matlamat jangka pendek
2.Matlamat jangka
panjang
Matlamat jangka
pendek :
Matlamat
yang perlu diaktifkan setiap hari.
Antaranya
1. Sekolah
Soalan
: Bagaimana mengaktifkan matlamat ke sekolah?
Jawapan
:
a)
Mulakan dengan niat belajar
b)
Aktiviti susun buku sebelum tidur.
c)
Aktiviti membaca awal sebelum belajar.
d)
Aktiviti mencipta soalan –mencari jawapan
f)
Rancang pengaktifan masa ( curi masa ).
2. Tugasan
Soalan
: Bagaimana mengaktifkan matlamat
tugasan?
Jawapan
:
a)
Aktiviti “Pilihan Bijak “
b)
rancang pengaktifan masa ( curi masa )
c)
Aktifkan ganjaran
3.
Markah
Soalan
: Bagaimana mengaktifkan matlamat markah?
Jawapan
:
a)
Aktifkan jadual SMS ( Skor Markah Saya )
b)
Aktifkan formula L+U=M
Matlamat
jangka panjang:
1. Keputusan dalam
peperiksaan
Soalan
: Bagaimana mengaktifkan keputusan peperiksaan
Jawapan
:
a)
Tukar cara anda berfikir
b)
Pecahkan “Halangan Minda”
c)
Target markah bukan gred.
d)
Aktifkan jadual SMS ( Skor Markah Saya )
2. Tempat sambung
belajar
Soalan
: Bagaimana mengaktifkan tempat sambung belajar?
Jawapan
:
a)
Aktifkan minda setiap hari ( Berfikir tempat belajar yang kita ingin pergi )
b)
Rekodkan ( Tulisan=Gambar )
c)
Tampalkan di tempat mudah diihat
d)
Ambil tahu ( sejarah, syarat kemasukan , lokasi )
e)
kongsikan dengan orang lain ( dipercayai dan membina semangat)
f)
Berdoa setiap hari ( dalam solat dan ketika waktu-waktu mustajab)
g)
Percaya pada diri mampu mencapainya
3. Cita-cita
Soalan
: Bagaimana mengaktifkan cita –cita dalam diri ?
Jawapan
:
a)
Berwatak dalam cita-cita
b)
Ambil tahu ( tugasan, syarat dan kelebihan )
c)
kongsikan dengan orang lain ( dipercayai dan membina semangat)
d)
Berdoa setiap hari ( dalam solat dan ketika waktu-waktu mustajab)
e)
Percaya pada diri ( mampu dicapai ).
3.
MASA
Adalah sistem hidup dalam diri yang
bergerak dan sentiasa bergerak. Kita memiliki tempoh masa yang sama iaitu 24
jam satu hari.
Kejayaan dan kegagalan seseorang boleh
diukur dengan masa. Pelajar berjaya sentiasa bijak menggunakan masa. Masa perlu
diurus kerana sifatnya yang sentiasa bergerak.
Ketidakbijaksanaan mengurus masa
menyebabkan kita akan ketinggalan. Sifat masa sentiasa aktif setiap hari.
Kita perlu mengaktifkannya mengikut
cara dan tindakan kita. Aktikan masa setiap hari.
Soalan : Bagaimanakan mengaktifkan
masa setiap hari.
Jawapan ;
a) Aktifkan persediaan minda:
Sentiasa bersiap sedia untuk mengurus
masa mengikut cara tindakan kita.
b) Aktifkan persediaan awal sebelum ,
semasa dan selepas mengunakan masa.
c) Aktifkan tindakan bijak membuat pilihan
yang mana lebih utama ( penting ).
d) Aktifkan “SYIF” ketika mengunakan
masa.
e) Aktifkan alat kawalan masa supaya
lebih terarah, teratur dan berdisiplin.
Penulis : Ustaz Motivasi " Pengasas CREATIVE STUDYTM

No comments:
Post a Comment