BERSYUKUR DALAM MENDIDIK ANAK.
Amalan
bersyukur dijanjikan Allah , akan DI TAMBAHKAN NIKMAT baginya . Dan lawan bagi
syukur adalah kufur atau ingkar . Sesiapa yang ingkar akan diberikan azab yang amat pedih. Tahniah
ibubapa . BERSYUKURLAH .
1.
Bersyukur kita di kurniakan anak.
Ramai
pasangan yang sudah berkahwin masih tidak dikurniakan zuriat. Ada di antaranya
sudah berkahwin bertahun-tahun masih belum ada anak. Jika kita selami perasaan
mereka belum tentu menyamai keadaan sebenar yang mereka alamikan.
“Berat mata
memandang ~ Berat lagi bahu yang memikul"
Bersyukurlah kita dikurniakan anak
. kita ada anak. Yakinlah jika kita bersyukur di atas kurniaan ini .. Allah
pasti tambahkan nikmat pada kita. Anak ini akan membawa keuntungan di dunia dan
di akhirat.
2.
Bersyukur kita diuji kerana anak .
Apabila
kita di pilih untuk diuji, tandanya kita adalah seorang yang HEBAT. Ibu adalah
seorang yang HEBAT. Ayah adalah seorang yang HEBAT. Tuan puan adalah HEBAT.
Tahniah. Jangan mengeluh kerana diuji atas ujian. Yakinlah sebenarnya kita
hebat. Serlahkan KEHEBATAN kita.
3.
Bersyukur kita dipilih untuk menjalankan amanah.
Dipilih
dan terpilih tandanya kita adalah seorang yang BERKEMAMPUAN . Mampu
melaksanakan amanah dengan cemerlang. Bersyukurlah kita dipilih. Buktikan
kemampuan kita. Dan sebenarnya ibu mampu, ayah mampu melakukankanya. Yakin dan
bersyukurlah.
4.
Bersyukur kita dilpilih mendapat sumber pahala yang BESAR.
Tahniah
kita sedang menabung tabungan pahala setiap saat. Anak-anak adalah punca pahala
yang sangat BESAR. Bekalan pahala di dunia dan di akhirat . Jika ditukarkan
nilai pahala kepada nilai duit, pasti kita berlumba-lumba untuk mendapatkannya.
Bersyukurlah atas nikmat ini. Nikmat yang BESAR ini.
Penulis : Ustaz Motivasi
Perunding Utama
Darul Hijrah Management (DHM) Dan Sulaiman Motivation Consultant(SMC)

No comments:
Post a Comment